Thursday 11 July 2019

PASAR RIA AMAL ANJURAN PIBG SMAG DIHARAP MAMPU MEMBANTU UNTUK MENAIKTARAF MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH



 Pada Tahun 2018,Pasar ria Amal ini telah mendapat sambutan yangmenggalakkan daripada masyarakat sekililing.Puji Tuhan sebab hasil daripada program ini,sekolah telah berjaya membina sebuah pondok Prayer Garden untuk kegunaan para pelajar sebagai tempat berdoa.Terima kasih kepada semua kerana membantu menjayakan program ini.

Pada Tahun 2019 pula,PIBG SMAG sekali lagi menganjurkan Pasar Ria Amal dengan tujuan mencari dana untuk menaik taraf makmal komputer sekolah.Dalam masa itu juga,terdapat beberapa acara yang akan dijalankan seperti pertandingan melukis dan mewarna,pertandingan nyanyian solo dan duet serta banyak lagi.JANGAN LEPASKAN PELUANG INI


"MEMBELI SAMBIL MENDERMA"




Monday 22 August 2016

Thursday 11 August 2016

SM Advent Goshen mampu melahirkan golongan Profesional


                                                              Dr. Vera Phillip

Nama Nenuh : Vera Phillip
Asal : Kampung Taiwan , Kota Marudu
Sekolah : Sekolah Menengah Advent Goshen ,Kota Marudu ( Form 1- Form 5)
University: Diploma in Science, UITM Kota Kinabalu 2004 
Medical Degree: Kursk State Medical University, Russia 2012 
Pekerjaan : Pegawai Perubatan 
Kata-Kata Penghargaan:
Terima Kasih kepada guru-guru di SMAG yang telah mendidik saya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Terima kasih juga  kepada ibubapa saya kerana memilih GASS untuk saya .Sekolah GASS adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan pendidikan dari segi akademik dan juga kerohanian.Saya bersyukur kepada Tuhan kerana berpeluang menjadi pelajar di SMAG yang lalu. 
Saranan saya kepada ibubapa pelajar ialah jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pendidikan anak anda di SMAG.
-  Dr. Vera Phillip

Monday 1 August 2016

GASS Tingkatkan kerjasama dengan Sekolah Kerajaan Ke Arah Kecemerlangan Akademik




Penceramah sedang mengajar teknik menghasilkan jawapan yang terbaik.


Sesi bergambar antara penceramah dan guru-guru SMAG beserta pelajar yang mengikuti bengkel tersebut.


Pelajar begitu tekun mendengar ceramah teknik menjawap sejarah SPM.







SEMINAR TEKNIK MENJAWAP SEJARAH SPM OLEH CIKGU KALIXTUS PURTUNATA LOLI  BIN KOPONG ( Pemeriksa Kertas Jawapan Sejarah SPM)

Sunday 31 July 2016

Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2017



PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SMAG SESI 2017 BERMULA 1 OGOS 2016

                            4 PAKEJ PENDAFTAR TERAWAL 


1. PENDAFTARAN BULAN OGOS - SEPTEMBER 2016
        # Percuma sebulan yuran persekolahan
        # Deposit Yuran pendaftaran serendah RM50 Saja.Baki yuran pendaftaran akan dibayar sepenuhnya pada bulan November atau December 2016.

2. PENDAFTARAN BULAN OKTOBER 2016 
      # Percuma sehelai baju Kokum
      # Deposit Yuran pendaftaran serendah RM50 Saja.Baki yuran pendaftaran akan dibayar sepenuhnya pada bulan November atau December 2016.

3. PENDAFTARAN BULAN NOVEMBER 2016
      # Percuma aksesori baju Pathfinder
      # Yuran pendaftaran dibayar penuh

4.  PENDAFTARAN BULAN DECEMBER 2016
      # Mendapat saguhati dari sekolah
      # Yuran pendaftaran dibayar penuh


BIASISWA PELAJAR CEMERLANG akan diberi kepada Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

                     #  6 A ( RM 1200)
                     #  5 A ( RM 1000)
                     #  4 A ( RM 800)

       BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIPEROLEH DI PEJABAT SEKOLAH SMAG.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi Pejabat sekolah di 088-661244  atau terus datang ke pejabat sekolah.

                                                             
                                                           TERIMA KASIH