Thursday, 28 July 2016

“English Week Memperkasakan Lagi Penguasaan Bahasa Inggeris Di SMAG ".




Sempena dengan Program English Week di SMAG, beberapa acara telah dipertandingkan oleh Kelab Bahasa Inggeris seperti Storytelling, Spelling Bee dan Essay writing.Tujuan utama pertandingan ini dijalankan ialah untuk memupuk pelajar mencintai Bahasa inggeris dan meningkatkan lagi penguasaan berbahasa Inggeris.

Acara Penutupan English Week di SMAG telah diadakan pada 28 Julai 2016, di mana setiap kelas akan membuat persembahan  seperti persembahan nyanyian dan pertunjukkan puppet oleh kelas Tingkatan 5 . Kesemua kelas ini telah mengambil bahagian dengan persembahan yang sangat menarik dengan kreativiti yang tersendiri.

Lebih menarik tumpuan  lagi apabila pelajar GASS yang bernama Cherllyen Cory Nimrod   telah mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk Proud Of You telah membuatkan pelajar dan guru-guru menitiskan air mata kerana lagu yang telah menyentuh perasaan dan  semangat yang kuat ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Pelajar ini menyanyi dengan penuh perasaan sehingga dia menangis semasa membuat persembahan.Dia berterima kasih kepada Tuhan kerana menjaga dan memberkati dia dengan talenta yang diberi. Pengetua  telah menghampiri pelajar tersebut untuk memberi kata-kata semangat dan pelajar juga ikut serta menyanyi dan bertepuk tangan untuk memberi semangat dan sokongan pelajar ini sehingga ia telah berjaya menghabiskan lagu itu.

Program English Week ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Semoga penglibatan pelajar pada tahun hadapan akan meningkat.

No comments:

Post a Comment