Sunday 24 July 2016

GASS INFORMAL REUNION 2016, NEXT " GASS MEGA REUNION 2018"



KOTA MARUDU: Alumnai Sekolah Menengah Advent Goshen / GASS telah mengadakan informal reunion pada malam 23 Julai 2016 bertempat di Restoran Singgah Hati .Pemilik Restoran tersebut iaitu Encik Banie Gintulo juga merupakan alumnai GASS berterima kasih kerana memilih tempatnya sebagai acara tersebut.

Majlis ini dihadiri kira-kira 120 orang alumnai GASS dari tahun 1970an sehingga 2000an.Mereka yang datang dari sekitar daerah Kota Marudu,Kudat,Kota Belud,Pitas,Kota Kinabalu,Sandakan dan juga yang paling jauh adalah dari Sarawak.Pengerusi pengajur ini iaitu Tuan Jumail Sumpoli  berterima kasih kepada semua alumnai yang hadir kerana menjayakan program ini..Pada Majlis tersebut,Pr Washington Laung yang merupakan bekas guru yang paling popular dan disayangi di GASS suatu ketika dulu telah menyampaikan kata-inspirasi. Beliau telah mengingatkan kepada alumnai semua agar sentiasa "PEGANG TEGUH KEBENARAN" dan ia dilaungkan oleh semua alumnai tersebut.

Pengetua GASS iaitu Puan Sharon Laung telah memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis ini.Dalam ucapan pengetua,beliau  menggesa kepada semua alumnai supaya terus menyokong sekolah ini agar terus berkembang maju dan mampu melahirkan insan yang berjaya.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa sekolah ini telah menghasilkan ramai insan yang berkualiti dan berjaya seperti menjadi guru,pegawai Kerajaan,Kontraktor,Pengurus Bank,doktor,peguam dan sebagainya.

Dalam majlis tersebut, semua alumnai ini telah bersepakat mengumpul dana untuk disumbangkan kepada GASS untuk membantu sekolah yang telah berjasa kepada mereka.Bendahari reunion ini iaitu Encik Banie Gintulo telah menyerahkan cek bernilai RM 1540 kepada Pengetua GASS selepas ditolak daripada semua kos perbelanjaan .Pengetua GASS berterima kasih kepada semua alumnai atas usaha  mereka  yang bersungguh-sungguh membantu sekolah ini.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan pelbagai acara seperti tukar hadiah,cabutan nama bertuah, acara karoke,mencari queen dan king, best dress ,dan acara bergambar.Majlis itu dihiburkan lagi oleh artis tempatan dan merupakan alumnai GASS iaitu Robbie Angkangon @ Robert Angkangon .

GASS Reunion akan diadakan lagi pada tahun 2018 yang dinamakan GASS MEGA REUNION 2018.Harapan Presiden Alumnai iaitu Encik Mujin Durin agar lebih ramai  atau semua alumnai akan hadir pada  GASS MEGA REUNION 2018 ini untuk menyokong program yang bakal dinanti nantikan oleh semua alumnai. Beliau juga mengatakan bahawa jika setiap alumnai menyumbangkan RM5 seorang dalam sebulan , ia akan memberi makna yang besar kepada sekolah kesayangan alumnai.

Mereka begitu gembira kerana dapat bertemu dengan kawan lama mereka.

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua yang telah menjayakkan REUNION 2016 ini, semoga dapat join pada GASS MEGA REUNION 2018...Tuhan memberkati..

    ReplyDelete